Rabu, 06 Juli 2011

" Hukum Menyentuh AL-Qur'an Bagi Wanita Haid "



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Al Hafidh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (1/502) 
menyatakan bolehnya wanita haid membawa Al Quran dan ini sesuai dengan madzhab Abu Hanifah. Berbeda dengan pendapat jumhur yang melarang hal tersebut dan mereka menyatakan bahawa membawa Al Quran dalam keadaan haid mengurangi pengagungan terhadap Al Quran.

Berkata Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi : 
Majoriti Ahli Ilmu berpendapat wanita haid tidak boleh menyentuh mushaf Al Quran. 
Namun dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan hal tersebut tidaklah sempurna untuk dijadikan sisi pendalilan.

Dan yang kami pandang benar, Wallahu 'Alam, 
bahawasannya boleh bagi wanita haid untuk menyentuh mushaf Al Quran. 
Berikut ini kami bawakan dalil-dalil yang digunakan oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Quran. Kemudian kami ikuti dengan jawapan ke atas dalil-dalil tersebut (untuk menunjukkan bahawasanya wanita haid tidaklah terlarang untuk menyentuh mushaf, pent.) :

1) Firman Allah Taala :

Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.(Al Waqiah : 79)

2) Sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam :

Tidaklah menyentuh Al Quran itu kecuali orang yang suci.

(HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami' 7880. Al Misykat 465)

Jawapan ke atas dalil di atas :

Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahawa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Taala : (Laa Yamassuhu) adalah Kitab Yang Tersimpan Di Langit. Sedangkan (Al Muthahharun)) adalah para Malaikat. 

Ini difahami daripada konteks beberapa ayat yang mulia :

Sesungguhnya ia adalah Quran (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan). (Al Waqiah : 77-79)

Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Taala :

Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat, pent.). (Abasa : 13-16)

Inilah pendapat majoriti Ahli Tafsir tentang tafsir ayat ini.

Pendapat Kedua : 
Tentang tafsir ayat ini bahawasannya yang dikehendaki dengan Al Muthahharun adalah kaum Mukminin, berdalil dengan firman Allah : Hanyalah orang-orang musyrik itu najis. (At Taubah : 28)

Dan dengan sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam :
Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.(HR. Bukhari nombor 283 dan Muslim nombor 116)

Dan Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam melarang bermusafir dengan membawa mushaf ke negeri musuh, kerana khuatir jatuh ke tangan mereka. (HR. Muslim dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma)

Pendapat Ketiga : 
Bahawasannya yang dikehendaki dengan firman Allah (yang ertinya) : 
Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan. (Al Waqiah : 79) 
adalah tidak ada yang dapat merasakan kelezatannya dan tidak ada yang dapat mengambil manfaat dengannya kecuali orang-orang Mukmin.

Namun adapula Ahli Tafsir (walaupun sedikit) yang berpendapat dengan pendapat keempat, bahawa : Yang dimaksudkan dengan Al Muthahharun adalah mereka yang disucikan daripada dosa-dosa dan kesalahan.

Dan yang kelima : 
Al Muthahharun adalah mereka yang suci daripada hadats besar dan kecil.
Sisi keenam : Al Muthahharun adalah mereka yang suci daripada hadats besar (janabah).

Mereka yang membolehkan wanita haid menyentuh mushaf memilih sisi yang pertama, 
dengan begitu tidak ada dalil dalam ayat tersebut yang menunjukkan larangan bagi wanita haid untuk menyentuh Al Quran. Sedangkan mereka yang melarang wanita haid menyentuh
Al Quran memilih sisi kelima dan keenam. Dan telah lepas penjelasan bahawa majoriti ahli tafsir menafsirkan Al Muthahharun dengan malaikat.

Dalil Kedua : Tidak aku temui isnad yang shahih, tidak pula yang hasan, bahkan yang mendekati shahih atau hasan untuk hadits yang dijadikan dalil oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Quran. Setiap sanad hadits ini yang aku dapatkan, semuanya tidak lepas daripada pembicaraan. Lantas apakah hadits ini boleh terangkat kepada darajat shahih atau hasan dengan dikumpulkannya semua sanadnya atau tidak?

Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat, 
Asy Syaikh Albani rahimahullah menshahihkannya di dalam Al Irwa (91/158). Bila hadits ini dianggap shahih sekalipun, maka pengertiannya sebagaimana pengertian ayat yang mulia di atas. (Jami Ahkamin Nisa 1/187-188)

Asy Syaikh Al Albani rahimahullah sendiri ketika menjabarkan hadits di atas beliau menyatakan bahawa yang dimaksud dengan thahir adalah orang Mukmin baik dalam keadaan berhadats besar atau hadats kecil ataupun dalam keadaan haid. Wallahu 'Alam..

Semoga para Wanita Bisa memahami dari kandungan Hadits Dan Dalil dalam Notes  ini !!!! 

Jika ada yg bnar s'mata2 hanya dari Allah Azza Wa Jalla sdangkan jika ada yg salah krena kesalahan saya yg dhoif ini....Salam Ukhuwah Islamiyah
Subhanaka Allahuma wa bihmdika asyhadu ala ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik. . .

•*¨*♥ Thufail Na'im Ar'Syahid ♥*¨*♥*¨*♥ Khaura Al-Intifadhah ♥*¨*•

Tidak ada komentar:

Posting Komentar