Minggu, 10 Juli 2011

" SYAHID selepas mengucapkan SYAHADAH "

SYAHID selepas mengucapkan SYAHADAH
•*¨*•.¸¸.•*¨*•♫♥♥•**•♥​ ♥♫•*¨*• .¸.•*¨*•

♥:.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ :.♥

Suatu ketika tatkala Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.
sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga.
Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda Sallallahu 'alaihi Wasallam.

Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam.
Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab,
"Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.
menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira,
tambah pula rela akan maju bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pingsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar ?"
Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada ALLOH Azza Wa Jalla. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. ALLOH Azza Wa Jalla. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal.

Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. , maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya."

Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap ALLOH Azza Wa Jalla " ...

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya.
Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain,
sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama ALLOH Azza Wa Jalla. di medan perang.
Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam.
Menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini..SUBHANALLOH ...ALLOHU AKBAR !!!

ALLOH Azza Wa Jalla berfirman:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. At-Taubah 111)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati ; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.” (QS: Al Baqarah : 154).


(¯`v´¯) ♥Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`​v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•​ .¸.•´♥..♥♥...
(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•``•.¸.•(¯`​v´¯)
..♥♥...♥.`•.¸.•´♥. .`·.¸.·`.♥`.·.¸.·`♥"Sang Pencari Cinta Sejati-Nya"♥
(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`​ v´¯)♥(¯`v´¯)♥(¯`v´¯)♥(¯`v´¯)♥
`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.`​ `·.¸.·`¸.``·.¸.·¸.``·.¸.·¸.``·​.¸.·",


♥•*¨*•♥•*¨*•♫♥•* Thufail Na'im Ar'Syahid *•♥♫•*¨*•♥•*¨*•♥
♥•*¨*••*¨*•♫♥♥♥•* Khaura Al-Intifadhah *•♥♥♥♫•*¨*••*¨*•♥
•*¨*•.¸¸.•*¨*•♫♥ ♥• Kisah-Kisah Teladan •♥​ ♥♫•*¨*• .¸¸.•*¨*•

Tidak ada komentar:

Posting Komentar